Jinak2 merpAti, Bila didekati pasti terbang pergi.. Nasib si merpAti purple

Friday, October 17, 2014

Kerisauan

Kerisauan Ya aku risau. Mengenai seorang insan. Dia dipinggirkan atas kesalahan diri sendiri dan juga kesilapan orang lain. Keadaan yang makin teruk juga menjadi buah mulut. Rakan-rakan terapat menjauh diri, bimbang akan dicemuh orang lain. Dia cuba memekakkan telinga dan melalui kehidupan seharian tanpa menghiraukan mulut-mulut yang berbunyi. Aku sesal kenapa mereka tidak mengerti dan dia juga tidak mahu memahami. Aku bagaikan terkepit. Menyesali. Memandang resah keluhan dia yang semakin susah untuk difahami. Memang betul apa yang kita lakukan perlukan pemahaman daripada orang lain namun jika itu tidak dapat dilakukan... apa lagi harus dilakukan?
Infestasi keburukkan yang dialami mengacau jiwa. Dia perlu dibantu tetapi harus bagaimana? Jika diri ini ditolak tanpa fikir siapa kawan siapa lawan..

No comments:

Post a Comment

Any comment guys?