Jinak2 merpAti, Bila didekati pasti terbang pergi.. Nasib si merpAti purple

Thursday, December 12, 2013

Jatuh berdebuk

Lagu “Set Fire To The Rain” Adele
Biler terkena kat batang idung baru aku kenali erti kesedihan. Biar pun meronta-ronta, menangis sampai keluar air mata darah, menjerit sehingga kehujung hayat paru-paru bernafas. Ia takkan kembali lagi.

Semua tinggal mimpi, atau ayat sebenarnya memori. Memori yang tercipta mungkin indah hanya pada aku. Terima kasih kerana muncul sebentar untuk menemani kala sunyi. Menghidupkan malam ku yang dulu diiringi dengan air mata. Walaupun kini kadang-kala juga begitu..

Di hari itu, ku berdoa pada tuhan semoga hari itu juga membawa sinar kebahagiaan bagi mu walaupun dijangka akan berlaku Chance of a Thunderstorm 86°F / 73°F. Ku harap tiada apa yang bakal mencacatkan hari yang bahagia itu.

Untuk aku pula, aku hanya merangkak perlahan-lahan bagi mempelajari semula untuk mengubat hati yang duka. Lama sudah luka ini, berparut terlalu dalam. Perlukah aku mengambil langkah-langkah untuk menghilang sebahagian daripada memori ini. Yang hanya mengandungi bayangan dirimu?






No comments:

Post a Comment

Any comment guys?