Jinak2 merpAti, Bila didekati pasti terbang pergi.. Nasib si merpAti purple

Saturday, February 12, 2011

Hensem ke awak??



Entry aku kali nie nak mengisahkan mengenai lelaki.. korg mesti nak taw kan?? 
ape kisah lelaki yang sgt menarik perhatian nie.. hehe check it out!


Kalau lelaki hensem : banyak bercakap
Perempuan akan cakap : petah berbicara dan banyak idea
Kalau lelaki buruk : banyak bercakap
Perempuan akan cakap : memekak je..ingat orang suka ke!

Kalau lelaki hensem : dituduh buat jahat
Perempuan akan kata : itu semua karut!..ada orang sakit ati kat dia tuh!..
Kalau lelaki buruk : dituduh buat jahat
Perempuan akan cakap : memang sah dia yang buat!..muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome : menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap : wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki buruk : menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata : entah-entah yang ganggu tadi tu.. kawan-kawan dia...

Kalau lelaki handsome : jalan dengan perempuan cantik
Perempuan akan kata : wah..padan sangat...
Kalau lelaki buruk : jalan dengan perempuan cantik
Perempuan akan kata : mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome : ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : jangan sedih...(dalam hati-“bodoh betul perempuan tuh!”)
Kalau lelaki buruk : ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : jangan sedih...(dalam hati -
"padan muka! Ada ati nak bercinta”)

Kalau lelaki handsome : menyayangi binatang
Perempuan akan cakap : perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki buruk : menyayangi binatang
Perempuan akan cakap : sesama spesis memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome : memandu BMW
Perempuan akan cakap : muda-muda dah berjaya.
Kalau lelaki buruk : memandu BMW
Perempuan akan cakap : kalau tak drebar, sahih kereta curik!

Kalau lelaki handsome : tak mau diambil gambarnya
Perempuan akan cakap : dia pasti bimbang kalau-kalau gambarnya dipergunakan
Kalau lelaki buruk : tak mau diambil gambarnya
Perempuan akan kata : dia tau, kalau cuci pun.. mesti tak jadi punya!

Kalau lelaki handsome : terpijak kaki perempuan
Perempuan akan cakap : eh.. tak pe..tak pe..saya yang patut minta maaf..
Kalau lelaki buruk : terpijak kaki perempuan
Perempuan akan kata : oi..buta ke?..celaka..sial..#@$#*% jadah..%&*%!!!!...

Nie bkn aku yang kate taw, article nie aku jumpe tepi jalan td

Lelaki handsome























No comments:

Post a Comment

Any comment guys?